Setiap hari selasa ngan rabu aku mesti minum air coke nie lepas   training rugbi. Memang sedap air nie. Sedap giler! korunk pun mesti ade   yg suke air nie. Sama ada korunk tau atau x, sebenarnya air coke nie  ade  10 'kebaikan' yg x disangka-sangka. Aku dpt bende nie dari emel yg   member aku bagi. Ape lagi!!
Fakta seperti yang tersenarai   dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains   kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia   mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.
Di dalam kebanyakan   negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke   untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan.   Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus   Ronda atau Polis Lebuhraya,  adakah mereka guna?
Anda di  rumah diharap dapat mencuba  kajian ini :
1. Masukkan tulang  dalam satu mangkuk yang diisi  Coke, ia akan hancur atau hilang sama  sekali dalam masa 2 hari. Elok  untuk yang berniaga sup tulang!
2.  Untuk mencuci tandas :  Masukkan setin air Coke dalam tandas dan  biarkan selama 1 jam dan  kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan  hilang dari tindakan 'citric  asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan  gantian untuk mencuci kalau  sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan  boleh tak?
3.  Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap  bumper  dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat  hilang!
4.  Untuk menghilangkan kesan 'corrosion'  atau hakisan  pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke  pasti kesan hakisan  hilang serta merta.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat  dan  ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut  pasti longgar dan  boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan  minyak/lekit dari pakaian :  Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh  bersama sabun pencuci dan basuh  macam biasa. Kesan minyak tu pasti  hilang. Kemudian bolehlah minum air  basuhan tadi berperisa coke.
7.  Cermin kereta anda  berdebu/kotor/melekit ? Celup tuala dengan Coke dan  lap.Pasti bersih.  Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di  Yawata tu kerana  ianya amat mahal!
8. Bahan aktif Coke adalah  phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang  paku  dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid   tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam   badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila   lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori   yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda   amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan  Penghakis : bahaya". Lori tangki  itu juga diselaputi bahan penghakis  hakisan untuk mengelak lori tu  dihakis. . Tolong jangan letak/parking  kereta berhampiran lori tangki  yang ada tanda amaran tu, silap-silap  tengah bawak kereta, putus 2  sebab hakisan/karat.
9. Para  pengedar minuman Coke telah  menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin  lori/trak mereka sejak 20  tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!
10.  Kandungan gulanya  18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh  kopi/teh dengan 18  sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah tapi  tambahkan citric  asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais!.  Wahh! Rasa cam  minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak  terhadap lidah  untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum  tidak berapa  manis. Lidah ngan otakpun kena tipu. Semua minuman ringan  menggunakan  asid yang sama. Tak kiralah Pepsi. 7-up, Drinho, Yeos, Milo,  F&N  dll. Sama jer! Anak bapak dan  Keluarga 69.
Coke membawa  maksud dadah Cocaine. Asal  minuman  Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan  mengkhayalkan  untuk para pekerja buruh. Cam candu masuk China dulu.  Antara isi  kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan  kacang Cola. Tu  yang mai perkataan CocaCola tu.
Cuba  rendamkan gigi [gigi  yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam  mulut tu pun boleh gak]  dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu  hilang/lebur dalamasa 24-49 jam.  Yang mana sakit gigi, try cara ni,  kot-kot gigi tu bleh hilang!
Kalau  anda tak suka minum kopi  tapi suka sangat minum Coke, sama jer! Anda  minum Caffein, bahan yang  sama dalam 2 minuman tersebut.
DiIndia,  negeri Andhra Pradesh  dan Chattisgarh secara spesifiknya, para  peladangnya menggunakan Coke  sebagai semburan untuk membunuh serangga  perosak dalam ladang kapas dan  cili mereka. Jadi racun seranggalah  pulak. Saper ada tanam pokok cili  kat rumah tu,  semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas  manis berperisa  coke kot? Cubalah!
Syarikat Coke dimiliki oleh  pelabur  berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker?  Yang pernah  pi Mekah bleh confirm kot?
Jadi, sambil-sambil  kita minum  Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta,  cuci baju,  buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll.  Rupa-rupanya Coke ni  boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan  cuci/pelincir/penghakis  habis kat rumah. Semua fakta diatas anda boleh  cuba sendiri dirumah jika  tak percaya. Yang mana tak pass sains khasnya  kimia dulu masa sekolah  bolehlah buat eksperimen sains kimia ni kat  rumah.
Tepuk dahi  tanya hati....nak minum ke tak? Saya pun minum  sekali sekala!  ]Sama-samalah kita bercoke sambil singgah KFC [Syarikat  Yahudi gak!!,  time raya, time parti, time kenduri, time bola piala  dunia dll.
Apa pandangan korang?
ReplyDeletecoke memang sedap..
sebenarnya bende yg sedap ni bnyk malapetaka..
hahaha